Thursday, November 2, 2017

FALSAFAH PENDIDIKAN SAYA


Melaksanakan Falsafah Pendidikan Negara dengan penuh semangat, tanggungjawab dan penuh keikhlasan untuk mendidik pelajar tanpa mengira latar belakang untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera ke arah menjadi seorang individu yang lebih sempurna.
Mengajar adalah proses untuk menggalakkan pelajar menghubungkaitkan dunia sebenar dengan matapelajaran yang dipelajari. Seorang guru adalah sebagai pemudahcara dan harus sentiasa mendorong pelajar untuk terus bersemangat menuntut ilmu dan seterusnya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai.
Teknologi penting sebagai medium pengajaran dan pembelajaran, kerana ini boleh menjadi alat bantu mengajar di dalam mempelbagaikan corak pengajaran. Guru perlu menguasai teknologi untuk mempelbagaikan gaya, kaedah dan strategi pengajaran bagi menjadikan proses pengajaran lebih berkualiti, menarik dan berkesan terhadap pelajar.
Kemahiran yang berkesan dalam pendidikan perlu untuk meningkatkan tahap profesionalisma seorang guru. Guru mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas untuk menjadi guru yang cekap dan berkualiti untuk mendidik generasi sekarang menjadi pemimpin dan pembina negara pada masa hadapan.